CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 14 June 2011

Selamat sejahtera.

Sebagai seorang manusia, sudah tentu kita mempunyai pelbagai keinginan untuk memiliki sesuatu sehingga terdorong ke arah BOROS.

Pantang berjalan ke sana sini, ada sahaja barang yang ingin dibeli. 
Rambang mata dibuatnya.


Apabila boros menguasai fikiran,
selagi tak berhabis duit, selagi itulah kehendak dituruti.

Oleh itu, kita perlu belajar untuk berubah.

1. Sebelum membeli, pastikan anda mencatat barangan yang perlu dibeli.
2. Kenal pasti barang yang perlu dibeli dan barang yang mengikut kehendak diri.
3. Buat pemantauan (survey) harga bagi pelbagai kedai untuk mengetahui tawaran harga yang lebih berpatutan.
4. Mengutamakan kualiti sesuatu produk.

Berjimat cermat amalan kita.

Monday, 6 June 2011

Sekadar Renungan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu, saya ingin mengungkapkan rasa syukur kerana berada di tanah air tercinta,

MALAYSIA

Kita harus bersyukur kerana negara kita tidak menghadapi masalah ekonomi yang amat serius.

Tiada berlakunya catuan makanan,
Tidak berlakunya kadar pengangguran yang tinggi,
Taraf ekonomi bagi setiap keluarga juga tinggi.

Wang boleh beli apa-apa sahaja,
tetapi wang tidak boleh beli segalanya.

Akhir kata ~
wang sudah menjadi keperluan hidup setiap insan.

Malaysia Tanah Air Tercinta.

Sunday, 1 May 2011

Guna Jari Pun Boleh . . .

Tajuk kita pada kali ini, guna jari pun boleh. Apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik tajuk itu?

Sebenarnya, perbuatan ini merujuk kepada langkah mudah yang boleh kita ambil untuk berjimat cermat. Sedang kita menjalani rutin hidup seharian, dua elemen yang sering melengkapi kehidupan ini ialah air dan elektrik. Senang kata, tanpa air dan elektrik memang serba tak kena hari itu.

Kemudahan fasiliti itu amat menyenangkan manusia daam melakukan sesuatu kerja. Amat senang juga untuk kita melakukan pembaziran.

Jangan mudah untuk kita terlepas pandang :

  •      Suis lampu/kipas sudah ditutup atau belum sebelum meninggalkan rumah kediaman?
  •      Kalau tidak mahu menonton televisyen, tutup tak suis plag utama itu?
  •      Air untuk membasuh kereta, sekiranya ditadah dalam baldi tidak mengapa juga. Jika menerusi paip, biar melimpah keluar sahajakah?  
  •      Peralatan yang menggunakan arus elektrik yang tinggi digunakan pada tempoh yang sekejap atau lama?
  •      Jika pintu/tingkap sudah dibuka, wajarkah untuk kita memasang alat pendingin hawa?




Setiap penggunaan yang kita guna, adalah setiap wang yang kita laburkan.



Ada duit? Macam mana nak berbelanja?

Duit tidak datang dengan sendirinya. Perlukan masa dan usaha yang kental untuk menikmatinya. Duit boleh beli apa-apa sahaja tetapi dalam masa yang sama, duit tak boleh beli semuanya.
Cara kita menikmati kemewahan hidup kadang kala melampaui batas. Kita perlu bijak dalam membuat apa-apa keputusan. Boros amatlah ditegah dalam kehidupan kita.

Cara mengelakkan boros :

Situasi 1 : ‘Wah, telefon bimbit keluaran terbaru. Mesti beli ni. Pasti rakan-  rakan akan       cemburu dengan saya.’
Situasi 2 : ‘Wah,telefon bimbit keluaran baru. Tapi,telefon bimbit saya masih elok untuk digunapakai. Lupakan sajalah hasrat itu.’
Konklusi, kita janganlah mudah terpedaya dengan godaan nafsu. Alang-alang masih elok untuk digunakan,lebih baik pakai sahaja. Telefon bimbit hanyalah alat komunikasi. Fungsi yang kita mahu hanyalah membuat panggilan serta menghantar mesej. Tidak perlu berhabis duit untuk beli yang lebih canggih.

Situasi 1 : ‘Malasnya nak masak.Kita makan di luar sahaja lah.’
Situasi 2 : ‘Barang dapur ada banyak. Baik saya masak untuk makan malam nanti. ’
Konklusi, elakkan daripada sering makan di luar. Harga makanan di luar sangat mahal jika hendak dibandingkan dengan masak sendiri di rumah.

Situasi 1 : ‘Cuti ini saya rancang nak pergi ajak kawan-kawan keluar main bowling. Selepas itu makan di restoran dan pergi ke pusat membeli belah.’
Situasi 2 : ‘Cuti ini saya rancang nak berkebun. Dapat luangkan masa. Halaman rumah pula boleh menjadi lebih ceria.’
Konklusi, elakkan daripada suka keluar ke rumah. Aktiviti ini melibatkan perbelanjaan wang yang banyak. Luangkan masa dengan aktiviti yang lebih menyihatkan.

Situasi 1 : ‘Baju jenama A ini keluaran daripada luar negara. Nampak anggun bila memakainya.’
Situasi 2 : ‘Baju jenama B ini produk Malaysia. Harga jauh lebih murah dari jenama A.’
Konklusi, sokonglah hasil produk buatan negara kita. Bukan sahaja ia bertujuan untuk menyokong dasar ekonomi negara, malah kita dapat membelinya dengan harga yang lebih murah. Bukankah ia menjimatkan? 

Saturday, 30 April 2011

Saya Cuma Seorang Pelajar Sekolah ~~

" Saya masih bersekolah. Belum bekerja lagi. Wang saku pun ibu dan ayah yang bagi. Jumlahnya tidaklah banyak mana. Duit elaun kadang-kadang saja dapat. Macam mana nak berjimat? "

Bagaimanakah alternatif yang bijak agar murid sekolah juga dapat menjadi masyarakat yang celik wang?

Pertama :) Membawa bekal sendiri ke sekolah. Saya juga merupakan pelajar sekolah, jadi saya faham bahawa wang saku yang diberikan tidaklah banyak. Asalkan sudah mencukupi untuk keperluan sekolah. Makanan yang dijual di kantin juga bukanlah murah. Tidak disyorkan untuk menahan lapar di sekolah kerana
dikhuatiri badan kita tidak memperoleh stamina yang mencukupi untuk meneruskan pelajaran. Oleh itu, kita digalakkan membawa bekal makanan daripada rumah, lebih baik jika ibu bapa yang memasaknya. Secara tidak langsung, keselamatan makanan yang dimakan agak terjamin.

Kedua =) Menabung. Murid sekolah juga sewajarnya memiliki tabung sendiri. Sikap menabung haruslah disemai sejak dari kecil lagi. Pada usia semuda ini, seharusnya aktiviti menabung ini sepatutnya lebih mudah untuk diuruskan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan. Ibu bapa akan cuba untuk memenuhi segala keperluan mereka.


Ketiga =) Elakkan pembaziran dengan membeli makanan ringan. Makanan ringan seharusnya dijauhkan daripada kanak-kanak kerana mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. 

Sama-samalah kita memulakan langkah pertama bagi membentuk masyarakat celik wang.

Tenung ke hadapan, jangan toleh ke belakang.




Masyarakat Celik Wang


Setelah wujudnya gagasan Satu Malaysia yang sering diucapkan oleh orang kita sekarang,

Kini kita cuba pula untuk membentuk sebuah masyarakat yang celik wang.

Secara amnya, celik wang dapat didifinasikan sebagai bijak mengendalikan urusan kewangan seharian.

Masalah yang sering melanda masyarakat kita pada zaman kini ialah kesempitan wang.

 Bahkan, dalam sesebuah intitusi kekeluargaan boleh retak hanya disebabkan masalah kewangan.

Oleh itu, rakyat Malaysia harus sedar betapa pentingnya untuk kita menangani masalah ini dengan efektif.

Tenung ke hadapan, jangan toleh ke belakang.

Sekian untuk pendahuluan saya.

Tukang Kata Nak Bercerita ...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Hai semua ^_^

Saya merupakan pelajar tingkatan 4 dari SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

Blog ini berkisarkan sedikit-sebanyak mengenai tips yang berguna
bagi mewujudkan masyarakat
Celik Wang.

Selamat membaca ..