Tajuk kita pada kali ini, guna jari pun boleh. Apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik tajuk itu?
Sebenarnya, perbuatan ini merujuk kepada langkah mudah yang boleh kita ambil untuk berjimat cermat. Sedang kita menjalani rutin hidup seharian, dua elemen yang sering melengkapi kehidupan ini ialah air dan elektrik. Senang kata, tanpa air dan elektrik memang serba tak kena hari itu.
Kemudahan fasiliti itu amat menyenangkan manusia daam melakukan sesuatu kerja. Amat senang juga untuk kita melakukan pembaziran.
Jangan mudah untuk kita terlepas pandang :
- Suis lampu/kipas sudah ditutup atau belum sebelum meninggalkan rumah kediaman?
- Kalau tidak mahu menonton televisyen, tutup tak suis plag utama itu?
- Air untuk membasuh kereta, sekiranya ditadah dalam baldi tidak mengapa juga. Jika menerusi paip, biar melimpah keluar sahajakah?
- Peralatan yang menggunakan arus elektrik yang tinggi digunakan pada tempoh yang sekejap atau lama?
- Jika pintu/tingkap sudah dibuka, wajarkah untuk kita memasang alat pendingin hawa?
Setiap penggunaan yang kita guna, adalah setiap wang yang kita laburkan.

