" Saya masih bersekolah. Belum bekerja lagi. Wang saku pun ibu dan ayah yang bagi. Jumlahnya tidaklah banyak mana. Duit elaun kadang-kadang saja dapat. Macam mana nak berjimat? "
Bagaimanakah alternatif yang bijak agar murid sekolah juga dapat menjadi masyarakat yang celik wang?
Pertama :) Membawa bekal sendiri ke sekolah. Saya juga merupakan pelajar sekolah, jadi saya faham bahawa wang saku yang diberikan tidaklah banyak. Asalkan sudah mencukupi untuk keperluan sekolah. Makanan yang dijual di kantin juga bukanlah murah. Tidak disyorkan untuk menahan lapar di sekolah kerana
dikhuatiri badan kita tidak memperoleh stamina yang mencukupi untuk meneruskan pelajaran. Oleh itu, kita digalakkan membawa bekal makanan daripada rumah, lebih baik jika ibu bapa yang memasaknya. Secara tidak langsung, keselamatan makanan yang dimakan agak terjamin.
Kedua =) Menabung. Murid sekolah juga sewajarnya memiliki tabung sendiri. Sikap menabung haruslah disemai sejak dari kecil lagi. Pada usia semuda ini, seharusnya aktiviti menabung ini sepatutnya lebih mudah untuk diuruskan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan. Ibu bapa akan cuba untuk memenuhi segala keperluan mereka.
Ketiga =) Elakkan pembaziran dengan membeli makanan ringan. Makanan ringan seharusnya dijauhkan daripada kanak-kanak kerana mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan.
Sama-samalah kita memulakan langkah pertama bagi membentuk masyarakat celik wang.
Tenung ke hadapan, jangan toleh ke belakang.



