Duit tidak datang dengan sendirinya. Perlukan masa dan usaha yang kental untuk menikmatinya. Duit boleh beli apa-apa sahaja tetapi dalam masa yang sama, duit tak boleh beli semuanya.
Cara kita menikmati kemewahan hidup kadang kala melampaui batas. Kita perlu bijak dalam membuat apa-apa keputusan. Boros amatlah ditegah dalam kehidupan kita.
Cara mengelakkan boros :
Situasi 1 : ‘Wah, telefon bimbit keluaran terbaru. Mesti beli ni. Pasti rakan- rakan akan cemburu dengan saya.’
Situasi 2 : ‘Wah,telefon bimbit keluaran baru. Tapi,telefon bimbit saya masih elok untuk digunapakai. Lupakan sajalah hasrat itu.’
Konklusi, kita janganlah mudah terpedaya dengan godaan nafsu. Alang-alang masih elok untuk digunakan,lebih baik pakai sahaja. Telefon bimbit hanyalah alat komunikasi. Fungsi yang kita mahu hanyalah membuat panggilan serta menghantar mesej. Tidak perlu berhabis duit untuk beli yang lebih canggih.
Situasi 1 : ‘Malasnya nak masak.Kita makan di luar sahaja lah.’
Situasi 2 : ‘Barang dapur ada banyak. Baik saya masak untuk makan malam nanti. ’
Konklusi, elakkan daripada sering makan di luar. Harga makanan di luar sangat mahal jika hendak dibandingkan dengan masak sendiri di rumah.
Situasi 1 : ‘Cuti ini saya rancang nak pergi ajak kawan-kawan keluar main bowling. Selepas itu makan di restoran dan pergi ke pusat membeli belah.’
Situasi 2 : ‘Cuti ini saya rancang nak berkebun. Dapat luangkan masa. Halaman rumah pula boleh menjadi lebih ceria.’
Konklusi, elakkan daripada suka keluar ke rumah. Aktiviti ini melibatkan perbelanjaan wang yang banyak. Luangkan masa dengan aktiviti yang lebih menyihatkan.
Situasi 1 : ‘Baju jenama A ini keluaran daripada luar negara. Nampak anggun bila memakainya.’
Situasi 2 : ‘Baju jenama B ini produk Malaysia. Harga jauh lebih murah dari jenama A.’
Konklusi, sokonglah hasil produk buatan negara kita. Bukan sahaja ia bertujuan untuk menyokong dasar ekonomi negara, malah kita dapat membelinya dengan harga yang lebih murah. Bukankah ia menjimatkan?